Thursday, December 24, 2009

March Uno oleh SMKTAR












Syabas kepada semua murid Brassband. Nothing is Impossible. Cuma 4 hari sahaja usia brassband sekolah ini, tetapi murid dapat bermain lagu "March Uno". Pasukan ini terdiri daripada 46 orang murid. Sebanyak 39 daripada 46 orang murid ini tidak pernah memegang dan bermain alat muzik tersebut. Walaupun alat muzik bras sukar dipelajari dan ada sesetengah mengambil masa berbulan-bulan untuk latihan 'buzzing' sebelum dapat membunyikan alat tersebut. Tetapi budak SMKTAR seperti MEE SEGERA dapat membunyikan alat tersebut pada hari pertama iaitu 15 Disember 2009. Pada 16 Disember diberikan penjarian dan 17 Disember 2009 bermain skel mengikut alat. Pada 22 Disember 2009 JU telah memberikan lagu 'March Uno' dan latihan seksyen diadakan. Pada 23 mereka sudah combine dan menghasilkan muzik seperti ini. Walaupun terdapat pic yang sumbang tetapi mereka sanggup bermain dengan tempo yang sama. Tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang terlibat. Pada JU Proart B.M saya ucapkan syabas kerana membantu sekolah kami dalam menjayakan band ini.

No comments:

Post a Comment