Thursday, December 24, 2009

March Uno oleh SMKTAR












Syabas kepada semua murid Brassband. Nothing is Impossible. Cuma 4 hari sahaja usia brassband sekolah ini, tetapi murid dapat bermain lagu "March Uno". Pasukan ini terdiri daripada 46 orang murid. Sebanyak 39 daripada 46 orang murid ini tidak pernah memegang dan bermain alat muzik tersebut. Walaupun alat muzik bras sukar dipelajari dan ada sesetengah mengambil masa berbulan-bulan untuk latihan 'buzzing' sebelum dapat membunyikan alat tersebut. Tetapi budak SMKTAR seperti MEE SEGERA dapat membunyikan alat tersebut pada hari pertama iaitu 15 Disember 2009. Pada 16 Disember diberikan penjarian dan 17 Disember 2009 bermain skel mengikut alat. Pada 22 Disember 2009 JU telah memberikan lagu 'March Uno' dan latihan seksyen diadakan. Pada 23 mereka sudah combine dan menghasilkan muzik seperti ini. Walaupun terdapat pic yang sumbang tetapi mereka sanggup bermain dengan tempo yang sama. Tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang terlibat. Pada JU Proart B.M saya ucapkan syabas kerana membantu sekolah kami dalam menjayakan band ini.

Friday, December 18, 2009

Latihan intensif brassband pada 15-17 Disember 09


Pada 15 Disember 2009, Pasukan Brassband telah bermula di SMK Tun
ku Abdul Rahman Nibong Tebal. Satu sesi kem intensif selama 3 minggu berturut-turut di sepanjang cuti Disember telah dirancang. Murid akan didedahkan kepada teori muzik, teknik bermain alat muzik dan dijangka akan membuat persembahan pertama pada Hari Sukan Tahunan 2010 pada 5 Mac 2010.
Pasukan Brassband ini di bawah guru muzik sekolah En Lee Chai Huat dan akan dibantu oleh Mr Lim Juru latiha beliau. Gambar ini menunjukkan Juru latih Mr Lim, Mr Soong, Mr Kwok, Miss Lim dan Miss Ong memberikan pendedahan kepada murid tentang cara pernafasan yang betul. Murid didedahkan kepada satu uji bakat untuk menentu jenis alat yang sesuai dengan mereka. ....


Thursday, December 17, 2009

Latihan intensif brassband

Tarikh / Hari

Masa

Tempat

Catatan

14 Disember 09

Isnin

8.00-10.00am

Dewan Terbuka SMKTAR

¯ Taklimat

¯ Pengenalan Teori Muzik

15 Disember 09

Selasa

10.00am-3.00pm

¯ Pengenalan Alat Muzik

¯ Latihan

16,17 Disember 09

(Rabu, Khamis)

22,23,24 Disember 09

28,29, 30 Disember 09

(Selasa, Rabu, Khamis)

8.00am-1.00pm

¯ Latihan Intensif Mengikut Kumpulan