Wednesday, March 10, 2010

Kem Intensif Brass Band Sesi Kedua






























Pada 16-18 Mac 2010, Kem Latihan Intensif Brass Band Sesi Kedua telah diadakan. Sebanyak 62 orang murid terlilbat dalam latihan. Kem ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan asas kepada sebanyak 35 orang murid Tingkatan Satu yang baru sahaja menyertai pasukan ini. Pada akhir kem ini, murid ini telah dapat bermain skel satu oktaf bagi alat tiupan pilihan mereka. Selain itu, ahli yang telan pernah bermain telah memulakan satu repertoir baru iaitu Eagle Crest...... Selain itu, terima kasih kepada pentadbir sekolah kerana telah memberikan satu bilik khas untuk brass band. Kem ini diadakan di bilik tersebut yang digelar Makmal Muzik Ensembel Bras dan Orkestra Cina. ...


Hari Sukan Tahunan 2010






Pada 5 Mac 2010, pasukan brass band SMKTAR telah membuat persembahan kali pertama sempena Hari Sukan Tahunan 2010. Mereka telah mengiringi perarakan dengan bermain lagu March Uno dan Berjaya. Selain itu mereka telah mengiringi nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Kita. Band ini juga membuat persembahan dua buah lagu iaitu Magnificient 7 dan Nan Seong Nan Ti. Walaupun band ini baru berusia dua bulan setengah tetapi mereka telah bermainkan sebanyak 6 buah lagu. Syabas diucapkan kepada ahli band yang seramai 31 orang ini. Teruskan perjuangan anda. Kepada juru latih luar En Soong dan En Kwok, thank you very much.... .and Keep it up.......