Sunday, April 27, 2014

Bengkel dan Pertandingan Pancaragam Antarabangsa Sempena 21st Century International Arts Festival di Genting Conventional Centre, Genting Highland

Bengkel dan Pertandingan ini diadakan di Genting Highland pada 22-25 November 2011. Kita mendapat anugerah Gangsa bagi Pertandingan Pancaragam Antarabangsa... Syabas..





Tuesday, September 21, 2010

PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE 53 TAHUN 2010 PERINGKAT PADA 31 OGOS 2010





Pada 31 Ogos 2010, pasukan pancaragam SMKTAR telah membuat persembahan kali pertama di Padang Kota Lama sempena kemerdekaan ke 53. Sebanyak 43 orang peserta telah berjaya menyertai perarakan ini dan telah berjaya memainkan lagu BERJAYA...... Syabas diucapkan kepada pasukan ini. Walaupun berusia 7 bulan tetapi dapat membuat persembahan yang memuaskan... Tahniah diucapkan...

Tuesday, April 13, 2010

PAKAIAN SERAGAM BRASSBAND SMKTAR

_______________________________ Pilihan B______________________________
Pilihan C



Yang berikut merupakan beberapa contoh pilihan pakaian seragam Brassband SMKTAR. Anda dikehendaki untuk memilih salah satu pilihan sebelum 22 April 2010.

T-shirt Brassband SMKTAR


Yang berikut merupakan T-shirt Brassband rasmi. Harga T-shirt ini adalah RM18.00. Semua ahli dikehendaki untuk membeli T-shirt ini dan wajib dipakai pada setiap hari Rabu. Tempahan t-shirt ini boleh dibuat melalui wakil Tingkatan dengan membayar RM18 dan nyatakan nama, tingkatan dan saiz t-shirt sebelum 22 April 2010.
Terima kasih.

Sunday, April 4, 2010

Laithan Brass Band SMKTAR

Latihan Brassband SMKTAR adalah seperti berikut setiap minggu :

Hari Selasa dan Jumaat
Sesi Petang datang pada jam 10.30am-12.30pm
Sesi Pagi datang pada jam 1.00pm -3.30pm
Tempat: Bilik Pancaragam

Terima kasih

Wednesday, March 10, 2010

Kem Intensif Brass Band Sesi Kedua






























Pada 16-18 Mac 2010, Kem Latihan Intensif Brass Band Sesi Kedua telah diadakan. Sebanyak 62 orang murid terlilbat dalam latihan. Kem ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan asas kepada sebanyak 35 orang murid Tingkatan Satu yang baru sahaja menyertai pasukan ini. Pada akhir kem ini, murid ini telah dapat bermain skel satu oktaf bagi alat tiupan pilihan mereka. Selain itu, ahli yang telan pernah bermain telah memulakan satu repertoir baru iaitu Eagle Crest...... Selain itu, terima kasih kepada pentadbir sekolah kerana telah memberikan satu bilik khas untuk brass band. Kem ini diadakan di bilik tersebut yang digelar Makmal Muzik Ensembel Bras dan Orkestra Cina. ...


Hari Sukan Tahunan 2010






Pada 5 Mac 2010, pasukan brass band SMKTAR telah membuat persembahan kali pertama sempena Hari Sukan Tahunan 2010. Mereka telah mengiringi perarakan dengan bermain lagu March Uno dan Berjaya. Selain itu mereka telah mengiringi nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Kita. Band ini juga membuat persembahan dua buah lagu iaitu Magnificient 7 dan Nan Seong Nan Ti. Walaupun band ini baru berusia dua bulan setengah tetapi mereka telah bermainkan sebanyak 6 buah lagu. Syabas diucapkan kepada ahli band yang seramai 31 orang ini. Teruskan perjuangan anda. Kepada juru latih luar En Soong dan En Kwok, thank you very much.... .and Keep it up.......